PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas
limpah kurniaanNya, laporan akhir latihan industri ini akhirnya dapat disiapkan
dengan keizinanNya. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih
ditujukan kepada pengurus syarikat IT Vision Technology Computer iaitu Pn.
Zaleha binti Yahaya beserta suaminya En. Anuar bin Abd Manap kerana telah
memberi peluang untuk saya menjalani latihan industri di syarikat ini selama
lima bulan bermula dari 2 Julai 2018 sehingga 16 November 2018.
Ucapan ribuan terima kasih juga
diberikan kepada satu-satunya pegawai yang bertugas sebagai juruteknik komputer
iaitu En. Mohd Shaiful bin Hamdan dan juga selaku penyelia latihan industri di
syarikat ini kerana telah banyak membantu, memberi tunjuk ajar, berkongsi
pengalaman dan pendapat berhadapan dengan pelanggan serta curahan ilmu dan
teguran yang diberikan sepanjang tempoh latihan industri yang saya jalankan di
sini. Tanpa tunjuk ajar, bantuan dan pengorbanan beliau, tidak mustahil saya
dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan baik.
Tidak
lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Politeknik Mersing
Johor khususnya pensyarah-pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK)
yang telah banyak membantu saya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada keluarga
dan rakan-rakan dan sahabat handai yang telah banyak membantu, memberikan
sokongan dan dorongan dan nasihat yang berguna yang dapat dimanfaatkan kepada
saya untuk menjalani latihan industri. Akhir kata, semoga segala ilmu yang
telah dipelajari dapat dipraktikkan dan dimanfaatkan sebaik-baiknya pada masa
hadapan serta kekal dalam ingatan.
No comments:
Post a Comment