BAB 1
PENGENALAN
LATIHAN INDUSTRI
1.1 PENDAHULUAN
Latihan
industri adalah merupakan salah satu syarat utama bagi semua pelajar Politeknik
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) di mana setiap pelajar diwajibkan
menjalani latihan industri selama satu semester sebelum layak menerima
penganugerahan sijil atau diploma. Latihan industri ini juga akan dijalankan
selama lima bulan atau dua puluh minggu di firma atau organisasi yang telah
dipilih sendiri oleh pelajar atau yang telah ditetapkan oleh politeknik.
Tujuan
sebenar latihan industri dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada
pelajar akan situasi sebenar alam pekerjaan bagi membantu meningkatkan
kemahiran sosial pelajar. Selain itu, ia juga dapat memberi pengalaman baru
kepada pelajar untuk melihat sejauh mana ilmu dan pengetahuan yang dipelajari
dapat dipraktikkan di tempat kerja.
Dunia pekerjaan mempunyai banyak cabaran dan rintangan yang
memerlukan kematangan seseorang itu dalam melakukan sesuatu tugas yang telah
diberikan. Justeru itu, dengan adanya latihan industri ini, ia akan menguji
sejauh mana kebolehan para pelajar dapat mempraktikkan semula ilmu dan teori
yang telah dipelajari dan menjadikan ia sebagai penyediaan diri bagi pelajar
sebelum memasuki alam pekerjan yang sebenar.
Oleh
hal demikian, setiap pelajar perlu lulus di dalam latihan industri ini kerana
ia merupakan salah satu syarat yang wajib dipenuhi oleh pelajar sebelum
menamatkan pengajian di politeknik.
...............................................................................................................................................................................
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Dengan
adanya latihan industri di politeknik seluruh Malaysia, maka pelajar-pelajar
kursus diploma dapat menjalani latihan industri di tempat yang telah dipilih
oleh mereka berkaitan dengan jurusan yang diambil. Pelajar diberi pilihan untuk
memilih sendiri tempat untuk menjalani latihan industri sama ada di jabatan
kerajaan mahupun swasta.
Oleh
itu, objektif latihan industri ini adalah untuk memberi kesan kepada para
pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberi dengan sebaik mungkin dan melihat
sejauh mana seseorang pelajar itu melaksanakan perkara-perkara yang telah
dipelajari dalam tugas yang diberikan. Antara objektif latihan industri
dijalankan adalah:
i. Untuk
melengkapkan tempoh pengajian bagi mendapatkan penganugerahan sijil atau
diploma.
ii. Untuk
mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan yang sebenar.
iii. Memupuk semangat
kerja berpasukan dan menjalankan perhubungan yang baik sesama
pekerja dan
berusaha untuk melaksanakan sesuatu tugas yang telah diarahkan.
iv. Meluaskan dan menambahkan pengetahuan serta kemahiran pelajar dengan melakukan pelbagai
aspek
pekerjaan semasa menjalani latihan industri.
v. Memupuk sifat sabar,
jujur, amanah dan bertanggungjawab terhadap tugas tugas yang telah diamanahkan.
vi. Dapat menilai
kelemahan dan kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam pekerjaan
setelah tamat pengajian.
...............................................................................................................................................................................
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI
Setiap
pelajar diwajibkan menyiapkan laporan akhir kerana ia merupakan salah satu
proses sistem pemarkahan bagi latihan industri. Laporan akhir ini dihasilkan
untuk merekod setiap aktiviti dan tugasan yang telah dilaksanakan oleh pelajar
sepanjang menjalani latihan industri.
Laporan
ini bertujuan untuk pihak institusi menilai sejauh mana keberkesanan kursus
latihan industri ini dilakukan terhadap pelajar, institusi pengajian dan
organisasi yang berkenaan sepanjang tempoh latihan industri. Selain daripada
menyiapkan laporan harian, penilaian prestasi oleh firma dan sesi temuduga
latihan industri juga akan dilakukan oleh pensyarah pemantau.
Laporan
bertaip ini juga penting bagi persediaan sebagai pekerja untuk menghadapi alam
pekerjaan pada masa akan datang. Ini kerana semasa di alam pekerjaan, pelajar
dapat merujuk kepada laporan akhir jika terdapat kemusykilan tentang
kerja-kerja yang ingin dilakukan. Laporan ini juga adalah untuk rujukan selepas
pelajar menamatkan pengajian di politeknik. Antara objektif penghasilan laporan
akhir latihan industri ini adalah:
i. Dapat dijadikan bahan bukti hasil-hasil kerja dan tugasan yang dilakukan oleh pelajar sepanjang
tempoh latihan industri.
ii. Dapat dijadikan rujukan kepada politeknik untuk membuat penambahbaikkan berkaitan kursus
latihan industri pada masa akan datang.
iii. Mengamalkan budaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
iv. Mengalakkan pembelajaran menggunakan teknologi terkini di dalam mencapai hasil pembelajaran.
v. Melahirkan pelajar yang kompetitif dan menyerlah berbanding dengan pelajar IPT yang lain.
vi. Menjadi salah satu elemen penilaian yang menyumbang markah sebanyak 20% kepada pelajar dari keseluruhan penilaian Latihan Industri.
i. Dapat dijadikan bahan bukti hasil-hasil kerja dan tugasan yang dilakukan oleh pelajar sepanjang
tempoh latihan industri.
ii. Dapat dijadikan rujukan kepada politeknik untuk membuat penambahbaikkan berkaitan kursus
latihan industri pada masa akan datang.
iii. Mengamalkan budaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif.
iv. Mengalakkan pembelajaran menggunakan teknologi terkini di dalam mencapai hasil pembelajaran.
v. Melahirkan pelajar yang kompetitif dan menyerlah berbanding dengan pelajar IPT yang lain.
vi. Menjadi salah satu elemen penilaian yang menyumbang markah sebanyak 20% kepada pelajar dari keseluruhan penilaian Latihan Industri.
...............................................................................................................................................................................
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI KEPADA
PELAJAR
Sepanjang
tempoh latihan industri dijalankan, pelajar diberi peluang untuk mengalami
pengalaman dalam menghadapi alam pekerjaan sebenar di mana ia dapat melatih
diri pelajar dan memotivasikan diri dalam menempuh alam pekerjaan pada masa akan
datang.
Selain
itu, latihan industri memberikan pelajar untuk mempraktikkan ilmu yang telah
dipelajari di politeknik dan mempelajari sesuatu yang baru di tempat latihan.
Oleh yang demikian, ia juga dapat menguji minda pelajar untuk menyelesaikan
sesuatu masalah yang dihadapi dalam melaksanakan kerja yang diberikan.
Hal
ini demikian kerana pada waktu sesi pengajian dalam kuliah, kebanyakannya
pembelajaran dijalankan secara teori. Semasa menjalani latihan industri di
sesebuah firma, pelajar berpeluang mempelajari serta menimba ilmu pengetahuan
dalam pelbagai pandangan. Antara kepentingan latihan industri kepada pelajar
ialah:
i. Membuka
minda pelajar tentang alam pekerjaan.
Pihak
politeknik telah mengambil inisiatif untuk mendedahkan pelajar dengan situasi
pembelajaran di sesebuah syarikat atau firma di mana pelajar mempunyai idea
yang luas tentang aspek pembelajaran yang akan digunapakai kelak.
ii. Pendedahan
kepada kenyataan.
Jika di dalam
kelas pembelajaran hanya pada teori tetapi apabila memasuki alam pekerjaan,
keadaan bertukar kepada keadaan sebenar atau lebih kepada bahagian teknikal.
Sebagai contoh, pelajar teknologi maklumat mempelajari komponen atau bahagian
yang kecil sahaja di dalam makmal komputer tetapi apabila di pejabat, bilangan
komputer yang dijalankan adalah lebih banyak.
iii. Kaitan
teori dan praktikal.
Sebagai
pelajar, teori dan praktikal adalah dua perkara yang penting. Teori yang
dipelajari adalah secara lisan atau bertulis, berlainan pula dengan praktikal,
ianya merupakan satu gerak kerja atau tatacara melakukan atau melaksanakan
pengetahuan daripada teori kepada praktikal.
1.5 SKOP KERJA YANG
DITAWARKAN
Bil.
|
Tugas / Latihan
|
Tanda (/) jika menawarkan latihan
|
1.
|
Pembangunan Laman Web (Web-Based System)
|
|
2.
|
Pembangunan sistem berkomputer (database)
|
|
3.
|
Mengkaji sistem sedia ada dan membuat penambahbaikan
|
|
4.
|
Membuat pemasangan rangkaian / wifi (networking)
|
|
5.
|
Mengkaji / menggunakan peralatan dan teknologi terkini bagi
rangkaian komputer
|
|
6.
|
Membantu pemantauan dan membaikpulih rangkaian / wifi pada
komputer
|
/
|
7.
|
Membangunkan sistem berasaskan rangkaian
|
|
8.
|
Membuat persembahan multimedia
|
|
9.
|
Mereka bentuk grafik (banner, poster, dan lain-lain)
|
|
10.
|
Menggunakan kamera dan video
|
|
11.
|
Mengedit gambar dan video
|
|
12.
|
Mempelajari dan menggunakan perisian aplikasi komputer
|
/
|
13.
|
Membaikpulih komputer (Format & installation)
|
/
|
14.
|
Membaikpulih pencetak
|
/
|
15.
|
Memasang peralatan perkakasan komputer (hardware)
|
/
|
No comments:
Post a Comment