BAB 2
LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 PENGENALAN SYARIKAT
Rajah 2.1: Logo Syarikat
Nama Syarikat
|
:
|
IT Vision Technology Computer
|
Tarikh Syarikat Mula Beroperasi
|
:
|
1 Oktober 1998
|
No. Koperasi Syarikat
|
:
|
1163270 - K
|
No. Pendaftaran Kementerian Kewangan
|
:
|
357 - 01020630
|
Status Syarikat
|
:
|
100% Bumiputra
|
Alamat Berdaftar
|
:
|
No. 225, Felda Pemanis Dua, 85010, Segamat, Johor.
|
Alamat Syarikat
|
:
|
No. 8, Jalan Bestari 4/10, Taman Yayasan, 85000, Segamat, Johor.
|
No. Telefon Syarikat
|
:
|
019 – 7317015
|
No. Faks Syarikat
|
:
|
07 – 9444015
|
E-Mel Syarikat
|
:
|
itvwarranty@gmail.com
|
Waktu Perniagaan
|
:
|
Isnin – Jumaat (9 pagi – 6 petang)
Sabtu (9 pagi – 5 petang)
|
Jenis Perniagaan
|
:
|
Menjalankan perniagaan berkaitan IT yang merangkumi format & installation, software dan hardware installation, printer troubleshooting, network cabling services, letter typing dan document printing (scanning dan fax).
|
...............................................................................................................................................................................
2.2 SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT
Syarikat IT Vision Technology Computer ini ditubuhkan pada 1 Oktober 1998. Ia diusahakan oleh Encik Anuar bin Abd Manap dengan berbekalkan ilmu yang diperolehi daripada Universiti Charles Stuart, Wangga di New South Wales, Australia. Beliau memegang Ijazah Bachelor of Information Technology (Information System). Tidak lama kemudian, syarikat ini akan bertukar kepada Sendirian Berhad. Dengan berbekalkan sedikit sumber kewangan, hasil daripada baki wang biasiswa semasa beliau belajar di Australia suatu ketika dahulu, IT Vision Technology Computer telah memulakan langkah dengan menyewa sebuah bilik kepunyaan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan di Felda Pemanis untuk mengadakan kelas komputer.
Pada masa tersebut, syarikat ini hanya mempunyai dua unit komputer dan seunit printer Dot Matrik. Di sinilah IT Vision memulakan kelas komputer dengan pelajar di sekitar kampung dalam usaha menanam minat generasi felda ketika ini untuk mendalami bidang ICT. Namun, setelah enam bulan perniagaan ini bermula, akhirnya ia terpaksa ditutup kerana tiada sambutan yang menggalakkan diberikan dan pihak pengurusan syarikat pula begitu sibuk menyiapkan perisian pertama atau produk pertama harta intelek IT Vision Technology Computer iaitu Sistem Maklumat SIP.
Kemudian, IT Vision Technology Computer bergerak secara rawak untuk mencari pasaran bagi mengembangkan produk ciptaan syarikat ini sehinggalah kehadiran seorang kenalan membawa IT Vision kepada syarikat Pengusaha Teksi di Lembah Klang dan IT Vision ditawarkan dengan idea dan produk baru yang lebih mencabar dan memerlukan keupayaan mencipta secara lebih inovatif dan kreatif. Namun begitu, IT Vision Technology Computer masih juga melaksanakan urusan seperti penjualan, perkhidmatan dan baik pulih perkakasan komputer, khidmat nasihat berkaitan dengan peraturan ICT dan juga kelas komputer dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia.
Pada akhir April 2000, IT Vision telah berjaya membuka kembali kedai di kawasan Felda Pemanis dan kali ini di halaman rumah sendiri untuk memudahkan bagi menguruskan kedai tersebut. Kali ini, ia dilengkapi dengan kemudahan internet dan perkhidamatan Cyber Cafe (CC) kerana kemudahan untuk mendapatkan talian telefon di sini adalah terhad terutama di kawasan kedai. Jadi dengan menubuhkan kedai di kawasan kediaman ia secara tidak langsung memudahkan kami membuat proses permohonan dan telah dilengkapi dengan kemudahan komputer sebanyak 7 unit dan 1 unit printer warna.
Pada Mei 2002, setelah merasa yakin dengan kedudukan kewangan yang sedia ada, kami mengorak langkah untuk menembusi pasaran di dalam dan di luar daerah Segamat walaupun saingan agak sengit. Namun, oleh kerana sebelum ini kami mempunyai hubungan baik dengan pelanggan sedia ada, sokongan daripada mereka tetap wujud.
Di Taman Yayasan Segamat inilah yang mempunyai kadar sewa yang kompetitif, dan kami mula berniaga dengan cawangan baru yang memerlukan komitmen tinggi untuk memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Di sinilah kami mula mendaftar dengan Kementerian Kewangan untuk memudahkan kami mencuba memasuki tender- tender bekalan kerajaan dengan status 100 peratus bumiputra yang kami miliki.
Kini setelah hampir 10 tahun berkecimpung di dalam industri computer, kami merasakan prospek untuk kami pergi dangan lebih jauh adalah cerah memandangkan masih kurang penglibatan bumiputra dalam bidang ini terutama yang berkaitan dengan penciptaan perisian harta intelek ini. Antara cadangan projek yang akan datang, kami telah menyediakan khidmat untuk membuat laman web secara komersial kepada syarikat-syarikat kecil dan IKS yang berada di sekitar daerah atau luar daerah untuk membuat perkhidmatan dan baikpulih komputer dan juga mengembangkan sayap perniagaan ke luar negara dengan menjalankan kerjasama intelek dengan rakan seperjuangan terutamanya di Pakistan, Singapura dan India. Inilah citi-cita dan harapan kami untuk syarikat ini terus berkembang.
Syarikat ini juga menguruskan penyelenggaraan komputer dan mesin pencetak. Ia juga menjalankan perniagaan penjualan perkakasan komputer dan juga mesin pencetak. Syarikat ini mempunyai seramai 2 orang juruteknik komputer. Ia mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian penyelenggaraan komputer dan bahagian cyber cafe.
...............................................................................................................................................................................
2.3 CARTA ORGANISASI SYARIKAT
Rajah 2.3: Carta organisasi syarikat
IT Vision telah menyediakan pakej pembelian komputer
atau laptop dengan harga yang berpatutan yang dapat menarik minat pelanggan
untuk membeli komputer atau laptop di syarikat ini. Syarikat ini juga
menyediakan pelbagai jenis barangan dan aksesori komputer yang bermutu tinggi
dan berjenama. Selain itu, syarikat ini juga mengadakan promosi untuk menarik
lebih ramai pembeli perkakasan komputer dan sekaligus boleh menambahkan lagi
pendapatan syarikat.
...............................................................................................................................................................................
2.4 VISI DAN MISI SYARIKAT
VISI
Menjadi pengusaha bumiputera dalam bidang
teknologi maklumat yang semakin canggih untuk memajukan ekonomi dan taraf hidup
pelanggan.
MISI
Menyediakan
perkhidmatan yang dapat memenuhi segala kehendak pelanggan dari aspek kualiti,
kecekapan dan keberkesanan kerja.
...............................................................................................................................................................................
2.5 PERNIAGAAN DAN PERKHIDMATAN YANG
DIJALANKAN
Perkhidmatan
membaikpulih perkakasan dan perisian komputer:
Perkhidmatan komputer banyak
menyumbangkan pendapatan kepada syarikat. Kerja ini dilakukan oleh
juruteknik-juruteknik yang berpengalaman dan tidak hanya tertumpu kepada
komputer rosak yang dihantar ke pejabat, tetapi adakalanya pihak syarikat akan
menghantar juruteknik kepada firma, syarikat atau mana-mana pelanggan yang
memerlukan perkhidmtan komputer di pejabat mereka. Kebanyakan daripada firma
atau jabatan mempunyai kontrak dengan syarikat untuk melakukan kerja baikpulih
dan penyelenggaraan komputer.
Perkhidmatan
perniagaan:
...............................................................................................................................................................................
2.6 PERATURAN SYARIKAT
Seperti syarikat mahupun organisasi yang lain, IT
Vision Technology Computer juga mempunyai peraturan-peraturan yang mesti
dipatuhi oleh semua pekerja. Antara peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh syarikat ini ialah:
i. Semua kakitangan
syarikat mestilah hadir ke tempat kerja mengikut waktu kerja yang telah
ditetapkan.
ii. Syarikat ini
beroperasi selama 6 hari seminggu iaitu pada setiap hari Isnin hingga Sabtu.
iii. Kakitangan haruslah
memohon cuti lebih awal dengan mengisi borang permohonan yang telah disediakan.
iv. Cuti bagi cuti-cuti
am akan ditentukan oleh pengurus sama ada syarikat akan beroperasi atau tidak
pada hari tersebut.
v. Kakitangan syarikat
tidak dibenarkan bekerja separuh hari atau keluar sesuka hati di dalam waktu
bekerja.
...............................................................................................................................................................................
2.7 PRINSIP SYARIKAT
Dalam menjalankan apa jua aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan, sesebuah syarikat haruslah mempunyai prinsip dan misi, begitu juga dengan IT Vision Technology Computer. Syarikat ini adalah merupakan sebuah syarikat yang kecil tetapi syarikat ini mempunyai prinsip bagi membangunkannya. Pihak syarikat sedar bahawa di dalam perniagaan, perkara yang paling utama adalah pelanggan. Ini kerana setiap pelanggan yang datang merupakan tunggak utama dalam menaikkan prestasi dan kestabilan ekonomi syarikat.
Oleh itu, setiap pelanggan yang
datang haruslah diberi layanan yang terbaik bagi memenuhi kehendak dan kepuasan
pelanggan. Setiap pekerja di dalam syarikat ini telah diterapkan beberapa
perkara dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Antara prinsip-prinsip
tersebut ialah:
i. Memastikan setiap pelanggan yang datang diberikan
layanan yang baik dan sama rata.
ii. Sentiasa sabar dalam melayan apa jua karenah
pelanggan dan menjawab segala pertanyaan dengan berhemah.
iii. Setiap perkara yang tidak difahami oleh pekerja
hendaklah dirujuk kepada pihak pengurusan atasan atau penyelia yang berkenaan.
iv. Sanggup menerima kritikan daripada pelanggan dan
memperbaiki masalah yang dihadapi.
v. Mendengar dengan teliti dan memahami apa yang
dikehendaki oleh pelanggan.
...............................................................................................................................................................................
No comments:
Post a Comment